MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2022
MAJLIS MAKAN MALAM PEKEMA 2022
25 November 2022 – Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Sebuah majlis keraian telah dianjurkan oleh PEKEMA dan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan sehingga mencapai kehadiran melebihi 1000 para tamu.
Bertemakan “Glamour & Glitz, majlis ini dilihat meriah dengan keterujaan yang jelas kelihatan di setiap raut wajah para tamu yang bersemangat menghadiri majlis makan malam ini dengan berbusana mengikut tema.
Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan dari pihak Kementerian dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan serta rakan niaga dari dalam & luar negara.
Selain dari persembahan memukau dari penghibur terkenal tanah air, terdapat juga acara ‘Cabutan Nombor Bertuah’ dimana terdapat 51 jenis hadiah-hadiah menarik yang disediakan kepada para pemenang. Antara senarai hadiah-hadiah yang disediakan adalah;
HADIAH UTAMA
Wang Tunai RM10,000.00
APPLE iPad Pro 12.9-inch (6th generation), 2022
APPLE iPhone 14 Pro Max (1TB)
APPLE MacBook Air (M2 chip, 2022) (256MB)
APPLE iPhone 14 Pro (1TB)
APPLE MacBook Pro (M2 chip, 2022) (256MB)
HADIAH BUSANA TERBAIK
APPLE Watch Ultra with Ocean Band
Pemenang Lelaki : APPLE Watch SE (44MM)
APPLE Watch Series 8 Stainless Steel with Sport Band
Pemenang wanita : APPLE Watch SE (40MM)
APPLE iPad Air (5th generation), 2022
APPLE iPad mini (6th generation), 2021
Terdapat juga 31 buah hadiah terbaik yang diberikan kepada para pemenang yang bernasib baik pada malam tersebut.
Justeru, PEKEMA mengambil kesempatan menzahirkan Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih kepada para penaja khususnya barisan syarikat-syarikat pembekal kenderaan luar negara yang berdaftar PEKEMA diatas penajaan hadiah-hadiah Cabutan Nombor Bertuah pada malam tersebut. Penajaan ini secara langsung menambah kemeriahan dan kegembiraan kepada pemenang-pemenang Bertuah pada malam yang penuh berprestij ini.
Melalui sambutan baik dan kemeriahan yang dicapai melalui Majlis Makan Malam PEKEMA pada tahun ini, PEKEMA mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada barisan warga PEKEMA dari pihak
kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi yang bekerja keras memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
Semoga segala usaha, kemeriahan, dan silaturrahim yang kita capai melalui majlis ini dapat mengekal dan memperbaiki ukhuwah bersama seluruh warga PEKEMA.
Satu Gabungan Satu Perjuangan.
